Assalamualaikum, harini Cik Atiq nak cerita sikit kat korang pasal trip ala-ala backpack ke korea dengan Bahtera Kembara Holidays. Backpack trip kat sini maksudnye travel dengan public transport contohnye ; train, bas, atau ferry.
Arrived in Seoul pagi hari, dari airport dah disediakan airport transfer untuk ke hotel, naik limousin bas gitew tak perlulah bersesak2 dengan beg besaq bak ang tu nak naik train. Hotel yang disediakan pihak BKH berdekatan Myeondong. YUP!!! hotel okayyy..bukan guesthouse so boleh dijamin selesa. 1 bilik 2 org siap dengan private bathroom, siap ada dapur dengan laundry room lagik.
Pakej dengan BKH tak include makan, almaklumlah, bukan semua tekak boleh masuk makanan korea ni ye dak. Kalau nak berjimat tu, boleh siap2 bawak maggie ke sardin ke atau makanan2 brahim. Sekarang tak susah dah nak cari makanan segera dlm pek utk bawak travel. Nahh tak tau korang pernah dengar tak jenama salees, siap ada nasi lemak tau, dengan kembara. Dua ni antara produk baru yang Cik Atiq tau dan pernah try. Sodap kateko.
1st day dah sampai tu rileks2 je kat hotel dulu, boleh lah pegi jalan2 sekitar hotel. Dari hotel ni boleh jalan kaki je nak bershopping, tempat shopping yang famous tu. Mane2 orang Malaysia yang berjalan ke korea majority nya akan ke sini utk bershopping. Haa nak shopping ape? Kat korea ni, bagi Cik Atiq lah sebagai perempuan, beli make up lah haha..make up Korea semua cantik2, kalau beli kat Malaysia mahal !!
Ni antara skincare & make up brand Korea yang Cik Atiq pernah pakai & recommend korang try...innisfree micro mascara & lipstik, holika holika BB, cushion powder & nature republik aloe vera. Nature republik punya aloe vera ni melekit2 sikit compared to holika holika punya. Tak rase lekit langsung, mcm letak air je.
Ok2 back to our topic Day 2: mulakan pagi dgn bersarapan.. hotel ada siapkan roti so sarapan dekat hotel je..
Ok antara tempat2 best yang bkh bawak sepanjang trip kt korea ni ;
1. Namsangol Hanok Village..kat sini lah tpt nye korang nak menyewa hanbok ( traditional dress ) pastu boleh lah perasan mcm dlm drama korea tu..rental dalam 10,000 won/hour.
2.Istana Gyeongbukgung..aktiviti ape nak buat kat sini? Jalan2 je dlm ni ambil gambar..view mmg cantik dkt sini, bayangkan pergi musim luruh, daun kekuningan insta worthy kata org..pada waktu2 tertentu dpt tgk guards changing ceremony..
3.Gwanghwamun square. Berdekatan dgn Gyeongbukgung, landmark kota Seoul, dkt sini ada historical statue including statue of King Sejong ( invented hangeul)..
Next day :
1. Namsam tower. Rasanye semua org pernah dgar nama ni..tpt yang femes dgn love lock tu...Kalau malas jalan, korang blh jgk naik cable car tp bertabah lah beratur kalau ramai org..entrance fee 8,500 won. view kat sini memang awesome !!!
2. Lawatan ke Itaewon. Kawasan ini ramai muslim, so byk lah makanan halal...
melambak mamat turki jual eskrim & kebab kat sini..jangan tak cuba
3. Myeongdong & Namdaemun utk shopping !!! Pandai2 lah korang guna bargain skill yg hebat utk dpt harga murah..dkt sini jgk ada cafe2 yg unik mcm hello kitty cafe / cat cafe, yg lelaki kalau mls nak layan buah hati shopping lepak lah sini haha
Day 4 :
Nami Island. Dari hotel kena naik bas dgn ferry...selain drpd tpt shooting winter sonata, Nami Island popular dgn keindahan semulajadi...antara tempat yg femes dkt sini adalah petite france.
Day 5 : goodbye Seoul
Berminat dengan pakej ini? Sila tekan sini untuk details & booking