Assalamuaikum, Cik Atiq baru je get off dari Pulau Sibu terus bukak laptop nak menulis excited lah kata kan.Weekend ni sepatutnya plan nak ke Tg.Piai tp since Tg.Piai masih under renovation terpaksa tukar location ke Mersing. Memang saja cari tempat dekat2 sebab utk 2h1m je takde lah rugi masa dalam kereta je nanti.
Pulau Sibu
Pulau Sibu terbahagi kepada beberapa part. Ada Sibu besar, Sibu tengah, Sibu kukus & Sibu hujung. Pulau Sibu merupakan satu Pulau yang sangat cantik dengan pantai putih & air yang jernih, mempunyai coral & hidupan laut yang menarik. Telah diwartakan sebagai taman laut pada 1993.
Getting to Pulau Sibu
Satu2 nya jalan nak ke sini adalah dengan menaiki boat dari Jetty Tg. Leman. Boat pulak kena arrange dengan resort masing2 ye utk datang pick up. Biase nye dah include semua dalam pakej. Dari JB nak ke Tg.Leman ni memakan masa sejam setengah je dengan kereta. Bagi yg nak naik public transport, kawasan dia agak pendalaman so kalau menaiki public transport, korang kena ambil taxi utk masuk ke jetty sebab bas tak masuk ke dalam. Bagi yang dari airport maybe boleh arrange dgn hotel masing2 utk airport transfer.
![]() |
Kat sini lah tinggal nya pengutip RM5 marine park fee |
Parking kereta ada disediakan dekat jetty, 1 hari RM4. Kawasan parking ada guard so kitorang pun rasa confident je tinggal kan kereta kat situ. Sebelum naik boat korang kena bayar fee utk marine park & jetty fee RM5 each. Dengan hotel yang kami tempah ni boat return fee nye RM90/person. Ada jgk hotel yang murah sikit hanya RM70/person so sebelum sampai jetty confirm kan dulu dengan pihak resort takut2 terover budget.
So kami sampai ke jetty jam 11, staff resort dah menanti utk register, elok2 je sampai sebab boat sampai pukul 11.30am. So takde lah lama menunggu & sempat lah nak cari makan dulu sebelum ke pulau. Maklumlah kat pulau semuanye mahal.
Dari jetty Tg leman ke Jetty resort memakan masa 20 min shj. Harini angin agak kuat, so ombak besar. Sepanjang perjalanan kitorang sembang2 lah dgn abg boat tu, kata nye bln 7,8 & 9 ni mmg angin kuat. Dalam hati, hmm nasib lah last minute sangat plan. Bulan 10 - 1 pulak masa monsoon resort tutup. Haa ni nak pesan siap2 kat korang yg teringin nak dtg sini, kalau naik boat ni be prepared to get wet. Bukan lah basah lencun tu basah gedik2 je sebab percikan air laut tu. Ni lah part yg Cik Atiq suka sangat kalau naik boat, tak yah mandi laut pun basah haha. Bag korang tu kalau tak khalis air cover je dengan rain cover. InsyaAllah selamat.
Belum sampai jetty lg Cik Atiq dah teruja tengok air laut dengan pantai yg putih dari kejauhan. Fuhh rasa nak terus terjun. Sampai je kami di jetty, staff resort dah sedia menanti siap angkat kan brg2 semua sampai ke dalam bilik. Cik Atiq ada terdengar pesan manager pada staff, semua staff diarahkan supaya jangan biar sorang pun guest keluar atau masuk sambil pikul bag sendiri. Itu part of diorang punya service lah. Dari jetty nak ke resort tu walking distance je, around 5 min je.
![]() |
Ok dah sampai Jetty, tgk air kt sini pun rasa nak terjun!! |
Sebelum mula melangkah wajib lah bergambar dulu kat sini. Cik Atiq mmg spesis gigih kalau bab2 bercuti ni, so utk hasilkan gambo gini kitorang tunggu di bwh sinaran terik matahari sampai semua guest dah jalan. Haha! Sanggup tu. Laluan ke resort pun dah cantik, dari jetty korang akan lalu pokok2 paya bakau, stop lagi utk bergambar.
Resort kami menghadap Pulau Tinggi Besar & berdasarkan research yang Cik Atiq buat, pantai dekat sini adalah antara yang paling cantik dekat pulau ni. Pada pendapat Cik Atiq, pantai yang menghadap ke Mersing, tak secantik yang menghadap ke Pulau Tinggi. Ombak pun lemah lembut je menghempas pantai, sekadar beralun bak kata org kpg sini. Sesuai sangat untuk mandi manda.
Selesai je check in resort, kitorang dibawa oleh sorang staff utk ke bilik. Memang rezeki sangat sebab bilik kitorang adalah bilik with the best view bak kata staff tu..kenapa? Dari bilik Cik Atiq dpt view laut, pulau seberang, gunung, hutan & pool haa ngko bayangkan lah.
Esaited sangat muka die tunjuk bilik kitorang tu hahaha. Die pulak over. Dah settle semua tu jangan lupa kasi tips. Cik Atiq dengan suami dah happy sangat tgk bilik sampai lupa, terpaksa staff tu sengih2 mintak tips. Bilik mmg besar sangat, katil king size, ada sofa bed lagi & the best part ada balkoni menghadap ke laut. Santai sangat. Dah settle check in, settle tour satu bilik, kitorang makan lunch, and lepak2 jap dalam bilik. Pukul 2.30pm dah book snorkeling trip ke Pulau mentinggi.
Pulau Sibu ni kecik je & tak crowded so kalau bermalam dekat sini rasa mcm pantai ni kita yang punya. Nak guling dari hujung sampai hujung pun boleh. Sangat2 sesuai untuk mereka yang suka kan ketenangan.
![]() |
Ni view dari lobby, kat bawah tu restaurant & pub.. tp mlm takde dumcik2 jangan risau |
![]() |
Refreshment dari resort..konon nye penat sangat lah berjalan dari jetty tadi kan, so dia kasi rehat minum2 dulu |
Aktiviti yang boleh dilakukan
Kalau dah nama nya ke pulau mesti lah snorkeling kan. Untuk snorkeling pakej yang ditawarkan hotel hanya tambah RM70 shj. Snorkeling ke Pulau Mentinggi. Kami tak berapa bernasib baik, sebab dtg musin angin kuat so trip snorkeling terpaksa dibatalkan. Kalau pergi jgk kata instructor tu, rugi lah sebab air cloudy je. Itu lah petanda suruh datang lagi.
So kitorang just enjoy hotel punya facilities shj. Selain snorkeling resort ada offer scuba diving, discovery diving activity dan berkayak. Tapi dalam keadaan windy macam ni semua activity ni tak selamat. Kitorang pun decide untuk lepak dekat pantai je, pantai nye luas, pasir putih, air yang jernih dan yang paling best kawasan pantai tak crowded. Tenang sangat. Dah puas mandi laut kami mandi pool pulak, pool die mmg cantik kalau tengok sure rasa nak take a dip punya.
Malam pulak plan nak merayau2 kat bawah tapi masing2 dah penat, so Cik Atiq buat coffee untuk suami and kitorang lepak dekat balcony ditemani bunyi ombak laut, angin pantai yg sepoi2 bahasa, dongak ke langit nampak berjuta bintang disimbahi cahaya bulan. Cehwahh. Kat hotel ni line internet memang limited, so selain TV we have each other as entertainment. Terpaksa lah cik suami layan kan mulut becok Cik Atiq ni.
Sejujurnya, tak cukup kalau duduk setakat 2h1m. Atleast 3h2m. Selain aktiviti yg ada di resort, korang boleh lah pergi jungle trekking atau bersiar2 ke kawasan perkampungan dkt area sini. Ada sebuah perkampungan dkt sini yang dinamakan Kpg Duku dgn kepadatan lebih kurang 150 org shj. Boleh lah merayau kat area kpg ni utk melihat gaya hidup org Kpg Duku dengan aktiviti harian penduduk kpg. Kata boat man kami, petang2 ada lah jual makanan kampung mcm pisang goreng ke untuk minum petang.
Ada juga banyak lagi pantai lain sekeliling pulau ni, nama pun pulau kan, boleh lah berendam lagi. Itu kan misi utama ke pulau hehe..bagi yg berminat memancing pun boleh lah pergi memancing.
Selain tu, kalau ada budget lebih, maybe boleh sewa boat untuk ke Pulau mentinggi atau pergi island hopping. Berdekatan dengan Mersing ni mmg byk pulau2 menarik yg boleh dilawati. Semua cantik2 sure tak menyesal punya lah. Dekat sini, kata salah seorang staff di resort kami, ada air terjun. Hmm mesti best kan air terjun yang tak diteroka org ramai ni kebiasaan nya air jernih tak tercemar dan kawasan persekitaran pun masih bersih.
Akhir sekali, Cik Atiq belanja korang gambar bilik & environment dkt resort jelah ye.. Next time maybe dpt share gambar ikan. InsyaAllah
![]() |
Ini bilik sea view, betul2 depan pantai |