Friday, 20 April 2018

Percutian 2h1m ke Time Capsule Retreat, Sg. Lembing


Biasa org buat bach party duduk dalam bilik hotel mewah, solek2 pakai baloon. Kami buat gaya extreme sikit. Bride-to-be kena tido dalam hutan, pegi hiking & mandi waterfalls.  Bachelorate party dalam hutan


Percutian 2h1m ke Time Capsule, Sungai Lembing ni bertujuan nak celebrate salah seorang daripada kami nak jadi bini orang. Semua berkumpul di Seremban. Aku org jauh so pukul 8 pg dah gerak dari jb naik bas, sampai seremban pukul 12, tapi pukul 2 baru gerak ke Sg Lembing. Biasalah janji2 kami sebagai orang melayu haha.. Perjalanan ke sana lebih kurang 4 jam, sampai ke Sg Lembing jam 6 ptg. Sepanjang perjalanan bercakap je tak berhenti. Mcm tu lah aku kalau jumpa budak 2 org ni ( pae & awin ) ade je benda nak cerita, ade je benda nak gelak. Tak tau lah ape benda yg kelakar.


Pekan Sungai Lembing ni agak pendalaman & agak jauh dari exit highway. Time Capsul ni pulak terletak berdekatan dgn pekan Sg. Lembing, tapi tempat nye agak tersembunyi sikit. Pekan ni mcm pekan cowboy je, ptg2 lagi dah sunyi & orang dah start tutup kedai, tapi rasa nye ade je tempat makan yang bukak kat sini. Sampai je kitorang pun terus check in & bergambar dalam bilik hahaha.. tak reti nak tunggu siang..oh lupa nak cakap kitorang amik bilik parallel aurora, bilik ni boleh muat 4 orang tp agak sempit lah. Boleh baca review saya psl bilik ni dekat sini.

Bergambar dgn org belakang tu mmg susah nak dpt yg elok hmmm

Muka dah basi 8 jam dalam kereta

Dah puas bergambar, dah rehat, dah mandi, mlm tu kitorang dah plan nak buat steamboat, so semua barang dah siap2 bawak dari rumah. Dekat sini mmg dah ada disediakan stove, kettle & sinki so tak payah susah payah bwk stove dari rumah. Kalau korang plan aktiviti BBQ boleh lah sewa BBQ pits, charcoal dgn utensils dgn harga RM50, makanan bawak sendiri. Kat sini pun ada offer BBQ service tp hanya utk 10 orang ke atas dengan harga RM30/pax. Kitorang pun mulakan aktiviti memasak (actually pae sorang je masak) & makan. Lepas makan sambung sembang2 lagi. Esok kena bangun seawal jam 5 pg sebab pukul 6 dah kena bertolak ke pelangi falls.

Malam steamboat, betul2 depan bilik 

DAY 2

Kenapa ntah dengan muka aku tu..hahaha

Macam biasa set jam pukul 5 tapi bangun 5.30 hahaha..lewat 5 minit nasib baik takde orang marah. Time Kapsul hotel ni ada menyediakan pakej ke pelangi falls dengan harga RM60 seorang termasuk lunch. Transport ke sana naik 4wd ok memang seronok!! Yg bwk anak kecik tu blh lah duduk dalam, bg yang muda belia mcm kitorang ni duduk lua lg fun. Kalau korang tak nak amik pakej pun boleh, tapi kena ade 4wd lah. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam & kena meredah hutan, semak samun & beberapa anak sungai.

Lepak tengok sunrise

Sampai je kt sane nak kena redah sungai lagi untuk sampai ke track hiking. Tak hiking sgt lah sebenarnye 15 - 20 min je haha, depending on how fast kau punya pace. Aku nasihatkan bwk lah bag waterproof, tp kalau tak nak bawak pun takpe. Anak sungai takde lah dalam, paras pinggang je tapi sekarang depa dah siapkan track, kasut jela yang basah. Tak lama lagi maybe ada jambatan pulak kut. Track hiking pun tak susah landai je dari bawah sampai atas, tapi byk batu2 & akar pokok yang licin so make sure korang pakai kasut/ sandal yg bersesuaian.


Time ni dah nak sampai, nampak tak air terjun kt atas tu

Tak sampai atas lagi dah boleh rasa percikan air terjun pelangi ni. Sejuk sesangat airnya. Sampai je cepat2 cari port cantik nak bergambar, guide dari hotel td dah siap2 prepare maggie & milo/coffee utk lunch. Sejuk2 mcm ni mmg terbaik lah makan maggie haha dapat pulak maggie asam laksa perghh....


Dah sampaiiiii

Tak perasan berapa jam dah duduk kat atas tu menggigil2 badan kesejukan, cuaca pagi tu agak baik tp pelangi keluar kejap2 je. Bila awan tak menutupi matahari keluarlah pelangi, dalam 5 minit gitu hilang, then keluar balik. Korang nak amik gamba pelangi sentiasa ready lah, tapi jangan selfish sebab bukan korang je manusia kt situ yg nak tgk pelangi. Be considerate ye. Iolls amik gamba guna mata je cukup 10 kali kelip hilanglah pelangi.







Balik tu dah pukul 12, kena check out terus tp owner lek2 dulu bagi kitorang siap2 mandi, kemas2. Pukul 1 baru kitorang keluar. Ikut plan byk lg tempat nak pergi kt sini tp mengenangkan nak balik jb sis batalkan lah niat tu. Kitorang keluar melalui exit kuantan, so sempat lah singgah ke the famous kulacakes. Mmg betul sedap kek dia, tak tipu.




Sekian............





No comments:

Post a Comment