Assalamualaikum, boarding Airasia flight beberapa hari lepas memberi Cik Atiq idea nak share ape harini. Sambil duduk2 tunggu waktu gate dibuka, adalah seorang makhluk Allah ni bercerita mengadu yang bag dia tak lepas utk bwk masuk cabin. Kesian jgk sebab kalau last minute nak check in bag memang mahal especially utk flight international. Kalau tak silap cik Atiq, 20kg = RM135 haaa amik kauu hahaha...So plan your trip wisely.
Ini harga mahal2 ni utk terlebih luggage / nk tambah luggage during check in |
Kalau beli time book flight boleh dpt harga yang paling murah |
Bagi geng yang travel backpack style mmg yang menjadi keutamaan adalah budget ye dak ? kemudian keselesaan, maklumlah nak jalan merata sambil pikul beg besaq baq hang bukan senang tau, lagi2 kalau pergi hiking trip fuhh menangis nak pikul sampai puncak. Untuk keselesaan, cara penyusunan barang di dalam backpack memainkan peranan yang penting.
So Cik Atiq nak share sikit cara susun bag yg Cik Atiq belajar dari sifu2 backpack sekalian. Alhamdulillah dengan kudrat wanita yang tak seberapa strongg ni mampu jgk nak pikul.hehe
1. Bawa barang yang diperlukan sahaja!
Sebelum pack dalam bag make sure susunkan & bentangkan barang2 dekat atas lantai dulu, cara ni boleh membantu kita scan sekali lagi ada tak unnecessary things yang kita pack. Biasa lah perempuan kan satu gerobok nak bawak. hehe
![]() |
Nampak macam banyak tapi ni packing utk 2 org tauu hehe |
Toiletries & make up |
2. Re-pack barang dlm bekas2 yang kecil
Cara ni dapat membantu mengurangkan space so bag takde lah setinggi gunung. Barang2 macam toiletries, lingerie, first aid masukkan dlm bekas2, pouch atau botol2 kecil travel size. Kalau bawak cecair terlalu banyak pun tak lepas masuk dlm cabin ye ingat!! Kalau bwk botol cecair make sure tak lebih 100ml 1 botol & tak melebihi 1 lit in total. Kalau tak byebye!!
Botol2 kecil ni sekarang dah byk terjual. Senang je nak cari di Watson, Guardian atau DIY. Barang2 make up & toiletries pun dah boleh dptkan dlm travel size kecik & cute di sini.
Botol2 kecil ni sekarang dah byk terjual. Senang je nak cari di Watson, Guardian atau DIY. Barang2 make up & toiletries pun dah boleh dptkan dlm travel size kecik & cute di sini.
Medical kit antara benda yang paling penting kalau pergi travel. Tapi ingat kalau bwk gunting kena check in bag ye |
3. Gulungkan pakaian
Untuk pack pakaian, gulung2 kan utk jimat space. Cara ini dikatakan rule of thumb nombor satu yang patut diketahui oleh setiap traveller, tidak kiralah yang menggunakan luggage atau pun backpack. Bukan setakat gulung2 je, untuk memudahkan & menjimatkan masa, Cik Atiq biasanya dah plan cantik2 nak pakai baju ape sebelum packing.
Baju yang kita bawa mestilah yang bersesuaian dengan aktiviti harian, rujuk iti masing2 sebelum pilih baju. Colour pun memain peranan penting tau, nak upload dekat Ig nantikan haha contohnya nak mandi kawasan falls takan nak pakai baju biru, mcm sesumpah pulak nanti ghaib. Setiap baju Cik Atiq akan gulungkan dengan seluar atau tudung yang nak pakai pada hari berkenaan. So bila nak ambil baju dah ambil satu set terus senang!! Takde lah hari2 punggah bag.
4. Penggunaan plastik
Gaya travel backpackers ni biasa nya takkan tido dekat satu tempat untuk terlalu lama. Mesti akan bawa bag kehulu-hilir. Bukan semua backpack kalis air walaupun mostly ada water resisitance, tapi kalau hujan lebat basah kuyup jugak barang2 dalam bag tu. So cara Cik Atiq, setiap barang diasingkan dlm bag plastik mengikut kategori.
Contohnya, Barang2 mandi & barang tidur dalam satu bag plastik, barang elektronik dalam satu bag plastik. Cara ni bukan shj membantu protect barang2 kita dari basah kalau hujan, tapi juga memudahkan untuk akses barang2 yang diperlukan
5. Cara susunan dalam backpack
Cara packing yang betul dan kemas bukan sahaja boleh menjimatkan ruang di dalam beg, malah juga membolehkan beban di dalam backpack diagihkan secara seragam bagi mengelakkan kita daripada berasa tidak selesa semasa menggalas backpack yang berat dan besar itu.
- Bahagian paling bawah : Susun barang yang kurang penting seperti toiletries, tuala, dan lain2
- Bahagian tengah : Barang-barang yang berat seperti makanan di letakkan di tengah-tengah berdekatan dengan bahagian tulang belakang anda. Ini adalah untuk mewujudkan pusat graviti yang selesa sewaktu anda menggalas backpack. Barang-barang yang lebih ringan seperti pakaian pula disusun jauh daripada bahagian tulang belakang anda, disekeliling barang-barang yang berat tadi.
- Bahagian paling atas : Diletakkan barang2 yang paling selalu digunakan seperti snack dan powerbank
- Bahagian luar : Barang-barang seperti kasut/selipar dan topi boleh digantungkan di straps yang terdapat di bahagian luar backpack anda.
Pastikan anda mengetatkan semua tali atau strap di luar bag untuk mengelakkan barangan anda daripada bergerak-gerak di dalam beg & jangan lupa untuk membawa bag daypack . Dalam bag ni boleh diletakkan barang2 yang penting yang lebih kerap digunakan seperti wet tissue, lotion, purse & camera.
No comments:
Post a Comment