Hai Semua, ready dah nak baca sharing saya ni? Mimpi saya akhirnya telah tertunai ke Maldives. Yeahhhhhhaaaa..
Dah lama sangat plan nak buka jalan ke Maldives ni untuk korang taw. Finally this year dapat jugak saya buka jalan ni untuk korang semua. Kali ni saya rancang dengan dua orang jer, lepas tu ada je idea-idea yang diluar jangka.
Tiba-tiba rasa nak open trip ni dekat orang yang dah pernah ikut trip dengan Bahtera Kembara. Tapi at last ada jugak ahli baru 3 orang yang ikut. So far so good kan. Syok !
Last-last, kitaorang cukuplah 9 orang semua pergi sana. So bermula lah perjalanan trip Maldives 4 Hari 3 Malam ni. Trip ni jugak yang korang akan dapat. Memang saya akan pergi dulu sebelum saya jual pada umum. So nanti senang orang nak faham. Betul x?
DAY 1 ( KUL-MALDIVES)
Ni gambar masa nak masuk ke Gate Pelepasan antarabangsa. Jejak kasih kot dorang ni. hehehe
Trip masa saya pergi tu, ada satu departure time je, Ada time petang pukul 18:55pm, So sampai dekat Airport Maldives Pukul 10.30 malam macam tu. Tapi next trip untuk korang ni saya tak ambil flight petang. Kita ambil flight pagi tapi depend jugak pada keadaan semasa tiket flight.
Here We Goooo Maldives, Male
Okeyy saya dah sampai dekat Maldives, sebelum ni duk tengok je orang bergambar dekat patung ni. Finally dapat jugak saya sampai ke sini. Perasaan excited tu lain macam beb. Sebabnya first time kan, Memang syok yang amat. hahaha
Haaaaa, Uncle u pakai seluar tak kat dalam tu? Kang jatuh plakk. Ni kiranya port yang korang wajib ambil gambar lah masa keluar flight. Yang menandakan korang memang dah sampai Maldives. Airport lain takda macam ni. Hahaha
Okey kita ajak geng plak ambik gambar sini. Ada 3 Orang lagi belum sampai. Duk sibuk ambil gambar kat luar. hehehe
Dah siap ambil gambar tadi tu, korang akan nampak kaunter imigresen. Jangan nak berselfie-selfie plak dekat sini. Buat lah kalau nak kena soal siasat. haaaa, Abe pesan je kot korang terbuat. heheheh
![]() |
Gambar kat atas ni adalah gambar dari sumber google image k. Mitak halal. Hahahaha tak sempat plak saya nak snap hari tu. Sebab baru bangun tidur then terus isi-isi je tak terfikir nak ambil gambar. heheheh
Masa dalam flight tadi dia ada bagi satu borang ketibaan. So korang kena isi lah dulu. Then nati bagi dekat Kaunter ni. Dia akan mintak. Jangan bagi hilang taw.
Bila korang sampai je dekat airport lepas ambil beg apa semua. Korang keluar dari pintu tu then cari Nama Korang ataupun cari nama Bahtera Kembara Holidays. Okey?
Yeyyyy, bos dah jumpa kawan dekat sana. Ingatkan dia dah tak datang ambil kami. Hahahaha Thanks Bro Ali. He is a Muslim taw. 100 % Orang local sini muslim. So korang jangan risau bab makan halal ke tidok..
Muka keriangan dah sampai Maldives. Tapi Trip nanti kita tak da flight malam dah. Sampai pagi dekat maldives baru lah boleh tengok view. Yer dak? Tapi untuk date November dan December flight dia sampai malam. Sebab ada satu departure je dari Kul ke Male. Takda pilihan. ( BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA)
Masa dekat airport tu kalau korang ni jenis takleh terpisah dari internet nak buat live ke korang boleh beli simcard. Kos dia dalam 24 usd. Bila korang keluar je dari pintu arrival tu, tengok belah kanan, korang akan nampak kedai simcard.
We are ready to go, nak naik boat pergi ke Rashdoo Island. Ni lah kami semua yang ikut trip. Maybe nanti korang plak akan ada dekat sini. Maximum dalam 15 orang je kot Per trip. Sebab nak jaga kualiti servis. Nak tak?
PENGINAPAN
Okey ni lah dalam bilik saya. Saya stay sorang so dapat katil besar macam ni lah. Dalam bilik ni berhawa dingin. Acc sejuk gila. Ada kipas jugak . Saya tidur malam pakai kipas je. Sebab tak tahan sejuk. kang beku nak bangun subuh.
Selesa tak biliknya? Okey Jom tidur.
Nota : bukan semua bilik macam ni. Tapi lebih kurang macam ni. Nantikan korang claim nak bilik macam dalam gambar ni. hahahaha
DAY 2
Hari kedua ni, lepas siap sarapan pagi dekat penginapan, kitaorang siap-siap keluar. Aktiviti hari kedua ni kita akan pergi tempat-tempat dibawah ni
1) 2 Point Snorkeling hot spot punya
2) Sand Bank Maldives
3) Dolphin Tours
4) Fishing Trip
Sempat lah selfie-selfie dulu sebelum gerak. Jangan lupa pakai sunblock k, nanti terbakar lah muka korang. Hehehehe Cuba kenal-kenal antara satu sama lain. Make it fun okey !
SANDBANK MALDIVES
Sampai jer dekat sini semua orang tiba-tiba diam. Masa dekat atas bot masing-masing tengok kau aku pastu cakap " wei serius cantik wei". Saya ni jenis ego sikit. Takda lah nak cakap cantik ke apa. Just senyum je. Hahahah Tapi dalam hati tuhan saja tahu hahahha
Panas ke kat sini? takda lah panas sangat. tapi biasa-biasa macam kat pulau lain. hehehe Dia punya pasir memang putih. Lembut plak tu. Bergambar lah puas-puas dekat sini.
Ni lah bos Kembara Holidays pantang nampak camera beb! hahaha Ni tempat yang sama, tapi gambar ni saya edit sikit. Kah kah kah.
Kak Peanut dan Abang Ewan, satu-satunya pasangan romantik yang berkongsi trip dengan kitaorang. heheheh Sporting sangat depa dua orang ni, dia nak ikut lompat jugak hahahah
Korang nanti nak pergi kena bawak banyak-banyak prop taw. Tu belon yang kitorang pinjam dari minah jepun yang tengah buat photoshot. Heheheh nasib baik dia bagi. Terima kasih Cik Niha dan Aqila p kidnap belon ni. Hahaha
Masing-masing nak guna prop ambik gambar. Tengok air laut dia kat belakang tu, Rasa nak minum jer. Rasa nak terus terjun jer hehehehe Hati-hati Ecah jalan tu. Pecah belon tu kang kau kena ganti. hahaha
Si baju merah tu dah mula tengok kulit dah terbakar ke belum. hahaha saya pakai sun block tapi bila dah berpeluh dengan melompat-lompat, Sun block pun hilang dah. So saya malas nak pakai lagi sekali. Last-last biarkan macam tu jer hehehehe
Ni konon nak bagi jadi macam drama melayu main-main air kat pantai. Hahahah Okey lah. Pass! hahaha Qila dan Siti.
Masa ni seingat saya Kak Peanut tengah ambil gambar hubby dia posing Heheheheh
1,2,3 " Senyum" =)
Dah siap Snorkeling dan ambil gambar dekat sini. Kitaorang balik ke penginapan untuk makan tengahari solat serta rehat. Pukul 4 lebih plak kitaorang keluar pergi Dolphin Tour.
Pengalaman tengok dolphin depan mata beb. Tu bukan jerung taw. Hahaha Ada dalam video yang kitaorang tengah kejar dolphin. Nati saya upload yer hehehe
Kita pancing guna alat tradisional jer, tak da lah nak guna joran2 bagai. Tapi banyak gila dapat ikan. Saya rasa pancing ikan lagi senang dari pancing hati wanita dekat luar sana. Ciaciacia
Nah ambek kau. Besar gila ikan, tiga kali makan pun tak habis ni oi.. Hebat Kak Zana =)
Ikan-ikan yang kita dapat ni kita sedekah sikit dekat orang setempat. selebihnya kita makan sampai kenyang untuk malam last. Kalau sapa pandai masak, rasa nak masak, korang boleh bagitahu owner penginapan tu untuk access dia punya dapur hehehehe
Day 3 ( Aktiviti bebas) Suggestion pergi Private Island Resort
Hari ketiga ni sebenarnya hari aktiviti bebas. Ada yang pilih untuk pergi ke Sandbank lagi sekali, ada yang pilih nak pergi mancing lagi sekali. tapi kitaorang pilih untuk pergi ke Private Island Resort yang ada banglow dekat atas air tu. Heheheh Bayaran dia 80 Usd sorang dalam RM320.
Kitaorang dapat return speed boat pergi balik, Buffet lunch dekat resort, Welcoming drink, dapat satu towel, boleh access semua facilities dorang dekat resort. Nak mandi kolam pun boleh, nak snorkeling dekat sini pun boleh. tapi kitaorang pergi sini semata-mata nak bergambar dan merasa sendiri. hahahah
Abang pegang elok-elok, kang sis jatuh dalam laut. kalau jatuh ke hati abang xpalah jugak. Ciaciacia
Mungkin dia ratu selfie! katanya " xkan ku hiraukan panas, sebab tengok abang boat pun rasa sejuk je hati, Kan Niha? hahahah
Gambar kat bawah ni adalah gambar kita buat Visit Private Island. Tak termasuk dalam Pakej. Dalam sehari tu kita ada bagi Free & Easy untuk korang. Ada beberapa aktiviti air yang korang boleh buat. tapi saya suggest untuk korang pergi ke Water Villa Resort ni.
Kos kesini 80 USD sorang sekali dengan Buffet Lunch dan termasuk semua facilities yang ada kat resort tu.
Gambar kat bawah ni adalah gambar kita buat Visit Private Island. Tak termasuk dalam Pakej. Dalam sehari tu kita ada bagi Free & Easy untuk korang. Ada beberapa aktiviti air yang korang boleh buat. tapi saya suggest untuk korang pergi ke Water Villa Resort ni.
Kos kesini 80 USD sorang sekali dengan Buffet Lunch dan termasuk semua facilities yang ada kat resort tu.
Please jangan komen apa-apa dekat gambar ni. Saya insan yang lemah. Hanya mampu tersenyum sebab belakang tu cantik sangat! Kan best kalau masa datang ni bini ada sekali.. tapi nak wat camner tak kawin lagi. Hahahaha
saya belanja satu lagi gambar. Konon-konon lah nak candit hehhehe Menjadi tak ? Next year kita datang dengan bini plak. Aamin
Ni tak nak belanja dah, saja nak tunjuk penginapan dia syokkk gila!
Kak Siti pun nak tunjuk taring jugak. Tak pa kita kasi can dia masuk dalam ni. hahahah Peace. hahahaha
Posing ke tengah bergosip tu sis? Lepas ni kalau nak datang sini. Korang bawak prop banyak-banyak. Bawa baju banyak2 yer =)
Tengok ni. baru duduk 3 Hari kat sini dah ada peminat ajak selfie. hahaha Silap2 sikit lagi jadi kampung dia. Hahahaha
Konon nak jadi diva lawan Azuan Ali. Hahahaha
Masa yang paling best, bila kau dapat travel dengan kawan baik kau sebelum kau kawin. betul x korang?Kalau dah kawin susah dah nak hangout sama-sama. Kecuali kau dapat husband yang memahami lepas kau pergi travel dengan best friend kau. Syok x macam tu?
Sambil-sambil tunggu member bergambar, Sini jugak ada servis urut untuk 5 minit. Percuma jer. Sedap gila.. Cuba tanya akak tu best ke x hehehe
So Now we all on the way balik ke penginapan. Nak rehat lah. Penat sangat bergambar dan main laut. hehehehe
Kalau korang berminat dan ada nak tanya pasal detail pakej, nati tekan Tekan Disini
No comments:
Post a Comment