Tuesday, 23 January 2018

Trip makan - makan 3H2M ke Hatyai

     Assalamualaikum, hari ni tiba2 teringin nak cerita pasal trip ke Hatyai. Trip ni tersangatlah santai. Pernah di iklankan dalam Astro Oasis dan Maya HD bagi percutian keluarga dan percutian hujung minggu. Nak tahu penerangan lebih lajut? Baca dibawah...
Trip Ke Hatyai 3H2M ni dah lama tau wujud. Mungkin korang je yang tak tahu. Trip ni bermula dari KL Sentral pada Hari Jumaat malam. Hampir setiap minggu ada ke hatyai.

" Eh boleh tak kalau saya orang perak, kedah, nak ikut jugak? "

Jawapannya: Boleh je sayang. Asalkan korang boleh tunggu dekat mana-mana Rehat dan Rawat ( RNR ) yang berdekatan ataupun mana-mana tol yang bas boleh buat ' U-Turn ' dan yang sehaluan dengan Lebuhraya Selatan-Utara, kita gerak dari KL Sentral, so pandai-pandai lah nak naik dekat pickup point mana. hehehe

Trip ni plak 3 hari 2 malam.Hari Jumaat malam tu gerak lebih kurang dalam pukul 10 malam berkumpul dekat KL Sentral. Korang boleh tekan Link ni untuk tengok cara mudah berkumpul sesama di KL Sentral. Klik disini CARA MUDAH KE TEMPAT BERKUMPUL TRIP HATYAI

Selepas selesai korang daftar nama dekat tour leader trip, korang boleh lah bersantai-santai dulu sementara bas sampai. Mungkin boleh pergi beli roti, air ataupun makanan ringan yang lain sebagai bekal dalam bas nanti.

Kita dijangka sampai dekat Padang Besar pada pukul 5.30 Pagi. Bagi muslimin dan muslimat boleh lah solat subuh dan nak mandi-mandi pun boleh. Lepas tu kita terus masuk ke sempadan cop passport. Cepat siap cepat lah boleh masuk sempadan Thailand. Mesti dah tak sabar wei heheheh





Masa kita sampai pagi-pagi kita akan pergi ke Kilang Kacang Gajus dulu. Selalunya dekat sini orang banyak beli Paste Tomyam Kaw! Ramai yang cakap paste dia tu memang padu beb, kalau bagi laki makan tomyam memang terus jatuh hati macam malam pertama. Sedap sangat. Hahaha over pulak. Ok lepas tu dekat sini jugak korang boleh beli kacang-kacang yang bermacam perisa. Kalau yang tak nak beli tu, korang boleh try percuma je kacang2 dalam balang tu, dah kenyang korang keluar lah hahahaha
Ada jugak yang akan beli Maggi Siam. Sedap jugak wei. Hehehhehe














Lepas kita shopping dekat Kilang Kacang ni. Kita singgah dekat Nora Plaza plak. Kat Nora Plaza ni yang makcik2 pakcik2 suka sangat lah. Sebab tempat barangan kulit. Harga dia boleh tahan jugak. So kalau adik-adik rasa poket tak berapa nak gemuk sangat, kita lepak kat luar sat. Sambil ambil gambar. Hahaha.









Lepas tunggu mak mak shopping, Kita pergi hotel intai-intai kot dah boleh masuk hotel. Nah Nak share gambar hotel yang kitorang selalu duduk dekat Hatyai. Tapi hotel ni bergantung pada keadaan semasa jugak. hehehehe










Amacam? selesa kan??? Dah mandi-mandi solat semua baru kita keluar pergi ke next destinasi. Ke mana ya? Kita pegi Makan makan petang dekat Floating market plak. Heheheh

GAMBAR FLOATING MARKET





















Bila sampai je dekat sini, Kitaorang memang akan berselfie welfie dulu dekat depan ni. Mula-mula ambil gambar group pastu baru lah tukar-tukar orang. Heheh Jangan tinggal tempat ni sebab nanti orang lain rampas. Susah dah kita nak ambil gambar hehehe













Seronok makan macam-macam dekat floating market pastu ada yang beli baju beli souvenir dan lain-lain . Makanan kat sini semua sedap. Nak makan apa semua ada. hehehe Kalau korang ni suka makan mmg rugi lah tak follow trip ni. Best sangat! Sekali cuba mesti rasa nak repeat lagi. Tak caya cuba lah. =)

Next saya nak bawak korang pergi ke Kepala Naga terpisah dengan badan serta ekor nya. Lepas pegi beraksi dekat kepala naga, kita pegi pulak mengintai Ikan Duyung Seksi dekat Samila Beach. Nak tengok tak maca mana rupa dia? Hehehehe
Nak tengok kena scroll bawah ni dulu..

KEPALA NAGA DAN SAMILA BEACH





The Great Serpent Nag

Ini adalah Sang Naga yang dikatakan penjaga wilayah Selatan Thailand. Orang-orang dekat daerah ni menyebut dan mendeskripsikan tentang Sang Naga, The Great Serpent “Nag”. Penduduk selalu mengharapkan “The Nag” selamanya memberikan keberkatan rezeki, kebahagiaan , memberkati jiwa, raga dan pikiran dorang.

Sang Naga seperti Dewa, menurut kepercayaan Penduduk dekat sini, naga ni adalah pelindung wilayah dorang. Replika Sang Naga selalu mengeluarkan air yang terus menerus keluar dari mulutnya. Air ini dipercaya selalu memberikan berkat yang melimpah kepada penduduk Selatan Thailand


Monumen/replika The Nag terletak di Wilayah Songkhla

Pada tahun 2006 walikota Songkhla, Mr.Utitt Chuchouy memutuskan untuk membina monument sang Naga dan meminta Mr.Montri sungmusikanon dari Universitas Thaksin untuk membinanya. Sang Naga dibagi menjadi 3 bagian, Kepala, Badan dan Ekor. Masing-masing bagian ditempatkan di tempat yang berbeza dan menjadi symbol.

Salah satu bagian tubuh diletakkan di Samila Beach
Kepala melambangkan intelligence dan kebajikan, Tubuh (navel) melambangkan kemakmuran, Ekor meambangkan dari Charisma dan kekuatan dari seluruh penduduk.


Samila Beach ( Ikan Duyung)














Gambar kat atas tu kitorang dekat Samila Beach. Okey ni sis nak cerita pulak pasal kisah puteri duyung datang dari laut dalam satu malam yang sangat indah. 

Masa dia sedang bersihkan rambut dengan sisir emas kat pantai, ada sorang nelayan muda bertemu dengan dia. Tapi penampilan nya membuatnya dia rasa takut dan melarikan diri ke laut. Sang nelayan tu pun berusaha mencari dan menunggu dia sampai lah datang. Tapi nelayan tu tak jumpa pun Puteri Duyung tu. Nelayan tu rasa sedih pastu dia bina satu patung duyung yang separuh bogel. ( Kisah Dongeng)



CHANG PUAK CAMP ( GAJAH )















WAKTU MALAM DI HATYAI









Nah korang nak tengok kan betapa seksinya Pulut ayam, pulut mangga dan udang sador sekali tengok terus jatuh cinta berkali-kali. Hahahaha Waktu malam dekat Hatyai memang best, korang boleh jalan-jalan cari makanan dan boleh jugak shopping boleh jugak nak massage badan nak manicure dan pedicure pun murah kat sini. Rugi jugak sapa yang tak ikut heheheheh

Berminat Dengan Trip ni ? Tekan disini

atau nak lihat Feedback Trip ni?Tekan Sini

Trip Hatyai yang best !!!

Puas Hati Pergi melancong ke Hatyai
Antara koleksi feedback yang kami dapat dari customer untuk Percutian Ke Hatyai 3H2M. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat tempahan bersama kami Bahtera Kembara Holidays serta Sales Team yang sah kami.

Sebelum kita tengok feedback, jom kita layan gambar tempat lawatan dulu.





Masa ni kitorang tengah tunggu turn nak naik gajah. Masing-masing tak sabar hehehehe


Satu family ni enjoy sangat-sangat dengan trip ni. Rugi korang tak cuba trip ni. Kat belakang tu tuktuk thai. Syok naik benda tu kalau naik ramai-ramai. Havoc sikit hahahaha




Ni masa gambar mula-mula kitaorang sampai dekat tempat nak naik gajah tu. Sini bukan boleh naik gajah je. Ada jugak menembak, bagi gajah makan, naik ATV dan lain-lain lagi.


Amboi sis sempat yer posing. Sementara tunggu mummy dan papa shopping barang kulit dekat Nora Plaza. Hehehe Tapi dekat sini ada cafe dia serve sarang burung layang-layang




Udang goreng yang disusun dengan penuh seksi. Membuatkan nafsu makan sukar dikawal. hahahaha


Ni plak lagi mengancam bila tengok mangga kuning disiram plak dengan santan manis dan dimakan dengan pulut. padu memang padu! Sedap sangat hehehe




Masing-masing tak nak lepas peluang nak beriba dengan duyung separuh bog*l. Hahahah Ni dekat Samila Beach Songkla







Memang dah jadi Tradisi untuk ambil gambar dekat sini bila semua dah sampai. Heheheh Lepas tu masing-masing dah boleh bawak diri sendiri. Nak makan apa makan sampai puas Heheheh







DEKAT BAWAH NI PLAK FEEDBACK TRIP INI.. 


"Tq too Bahtera Kembara. Percutian yang paling awsome"- Kak Pieja


Trip Best ! Next time akan repeat lagi dengan Bahtera Kembara" -Kak Dayang




"Bahtera Kembara Awesome weii"


" Terima kasih Zizan ketuai bas 1 dan trip yang menyeronokkan" - 
Arun


Kami berdua mengucapkan terima kasih kepada BKH untuk trip yang sangat ohsem dan sporting" - Lalynn







Boleh lihat Feedback di Youtube di link dibawah.
1) http://bit.ly/feedbackhatyaiwawa
2) http://bit.ly/feedbacktriphatyai1
3) http://bit.ly/feedbackhatyaisnow
4) http://bit.ly/feedbackhatyaitripandy
5) http://bit.ly/feedbackhatyaitripsumaiyah
Nak gambar lagi?? Boleh tgk dalam channel telegram

Semoga Feedback ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan tempahan pakej percutian bersama kami
Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd. Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna. Terima Kasih !
Tempahan Tekan link ini









Feedback pelanggan Hatyai 3H2M