Assalamualaikum, sy nak cerita sikit pasal trip Cameron Highland ni. Bila orang baca Cameron Highland mesti tak ramai yang teruja kan? Tapi sebenarnya ada banyak tempat kat sini yang korang boleh pergi. Yang best pasal trip ni adalah ia boleh jadi a short escape bagi anda dan keluarga. Tak perlu utilize cuti tahunan pun korang boleh bawak family atau ajak kawan-kawan jalan - jalan.
The next day nak masuk ofis pun tak lemau. Pasal ape? Tak payah susah payah drive nak tempuh jem bagai. Tido je dalam bas sampai Cameron, tido lagi dah sampai KL. Esok pegi office ke pegi kelas ke mesti dengan semangat yang lain macam sikit.
Trip tersangatlah santai. Pernah di iklankan dalam Astro Oasis dan Maya HD bagi percutian keluarga dan weekend escape. Nak tahu penerangan lebih lajut? Baca dibawah...
Trip ni bermula dari KL Sentral. Tp driver bas ni baik hati nak mudahkan kerja semua orang, bukan orang KL dan Selangor sahaja. Korang yang duduk mungkin perak, ataupun jalan yang sehaluan ke cameron Highland, boleh tunggu dekat mana-mana RNR yang berdekatan nanti kami datang jemput ye. Hehe
Selalunya trip ni akan bermula pada hari Jumaat Malam. Kita akan berkumpul dekat KL Sentral. Macamana nak ke tempat berkumpul ? Boleh tekan Link ni --> Panduan Mudah tempat berkumpul
Tepat jam 11.30 malam kita dah mula berkumpul untuk naik bas, dan bas selalunya akan gerak pada pukul 12.00am. Sebelum korang pejam mata tour leader akan memberikan beberapa info berkenaan dengan trip esok hari. Dah selesai daftar nama, anda boleh lah pergi beli air ke, nak ke tandas ke, nak beli roti untuk bekal dalam bas. Tapi dalam bas pun kita ada sediakan air minuman satu sorang hehe untungnyeee lahai.

Tidur.....Krohhh...Krohhh.....
Celik mata esok harinya dah sampai Cameron Highland. Yeayyyyy!!!!!


Haa sampai-sampai je mesti lah kita pi makan sarapan dulu kan. Biasa nya kita bagi makan roti canai dan air teh, kalau korang rasa macam nak makan makanan lain, korang boleh je pilih sendiri mengikut bajet masing-masing. Tak mahal pun. Bagi yang nak touch up ke boleh lah touch up and freshen up kat sini. Maklum lah dah tergolek - golek semalaman dalam bas kan.

Sambil - sambil tunggu semua orang siap, ape lagi? Keluarkan camera mu itu

Perut kenyang hati senang ! baru lah best kita jalan-jalan pecahkan lemak pulak kan..hehe Tempat lawatan pertama ialah Lavender Garden.

Tak sempat masuk lagi dah sibuk bergambar
Tour Leader akan tolong belikan tiket dekat korang dulu. Sambil-sambil tu Korang ambil lah gambar dulu. Tapi jangan lupa bagi duit ya dekat tour leader. hehehehe

Bunga bunga dekat sini semua cantik-cantik tau. Tambah pulak kalau gadis - gadis bergambar kat sini bertambah cantik chuolls. Awww!!


Masih lagi dalam Lavender Garden. Bukan kebun bunga lavender jer ada kat sini. Macam-macam ada. Kalau naik atas sikit dia ada kedai jual ais cream Strawberry memang sedap giler, yang paling penting murah, RM 3 je kalau tak silap saya. Tak seksa poket korang hehe



Sedapnye nampak kan? Nak tau betul ke sedap kena lah datang sini sendiri rasa.

Sorang pun boleh ikut pergi trip ni. Korang paham lah kan kalau ajak member-member ni. Sebulan nak pergi semua cakap nak pegi. Dua minggu nak pegi dah tinggal separuh je nak pegi. Sehari sebelum pergi sebenarnya tinggal kau sorang-sorang. hahahaha Takpa jumpa kawan baru dalam trip. lagi Best hehehe
Ok tak habis kat sini je trip ni. Selain taman bunga - bunga ni kitorang jugak perihatin dengan minat mendalam makcik - makcik dengan sayur - sayuran segar kat sini.

Kalau nak beli buah - buahan segar ataupun sayur - sayuran segar , korang boleh beli dekat pasar segar ni. Jangan risau, kitorang bawak pergi sini. Serius memang segar sangat. Saya ni tak minat sayur - sayuran dan buah - buahan ni, tapi kalau dah sampai sini mesti beli jugak. Mane boleh tahan tengok segar je semua nye. Tak suka pun boleh jadi suka kak oiii.
Mana ade trip ke Cameron Highland tak pergi kebun strawberry betul tak ? Haaa kat sini korang boleh tengok depan mata macam mana pokok strawberry ni. Kat tempat lain dalam Malaysia ni tak jumpa tau.
![]() |
Boleh petik sendiri pulak tu. Tapi sebelum ngap masuk mulut kena timbang dan bayar dulu ye adik - adik. |

Yang ni pulak dekat Bee Farm, dekat sini kalau korang ada nak beli Madu lebah pun boleh tapi masa ni kita tengah tunggu Bas Sekolah untuk naik ke Ladang Tea Boh Sungai Palas. Nak layan view kat atas tu hehehe

Haa ni lah dia bas yang kami nanti - nantikan tu. Unik kan ?

Ini lah satu-satunya bas yang naik ke Ladang Sungei Palas atas sana. Bas ni bukan biasa-biasa taw. Luar Biasa wei hahahaha

Dah sampai !!!! Ladang Tea Boh Sungei Palas

Ni dia view ladang teh Sungei Palas


Kat atas Ladang Tea Sungei Palas ni ada satu cafe yang view dia best gila. Korang boleh try air teh macam - macam flavor ada, mentang - mentang kat ladang teh jangan ingat air teh je ade, hot chocolate pun ada. Mana-mana je lah yang boleh buat korang tenang hehehe
Okay....sampai sini dulu kisah daytrip ke Cameron Highland ni. Kesimpulan nya memang best !!!! Rugi kalau korang tak join, sebab trip murah je. Kalau naik kereta sendiri penat ank drive lagi, minyak lagi, tol lagi. Pastu risiko drive dekat jalan yang jarang kita lalu. So saya suggest ikut je trip ni hehehe
Ada masa boleh tengok Feedback dari rombongan lepas yang dah pergi trip ni. Tekan disini. Kalau dah berkenan dihati boleh contact saya DI SINI atau visit fb page saya DI SINI
Sayonara, arigato khuzaimas, kamsahamida.
CAMERON HIGHLAND DAYTRIPDEWASA : RM 99 / PAX
KANAK-KANAK : RM 99 / PAXDEPOSIT : RM 50 / PAXBAYI : FOC (TANPA DUDUK)TARIKH : RUJUK WAKIL BERKENAANTEMPAT MENARIK :🍓 Strawberry Farm
🍓 Mardi (Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3)🍓 Key Farm Market 🍓 Cactus Valley (FREE)🍓 Lavender Garden (Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM8)🍓 Tea Boh (Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3)PAKEJ TERMASUK :✔ Tour Guide (Leader)✔ Pengangkutan bas pergi balik KL Sentral✔ Percuma Sarapan Pagi✔ Makanan & Minuman (Anggaran RM10-RM15 sekali makan)✔ Lawatan ke Tempat MenarikPAKEJ TIDAK TERMASUK :❌ Tiket Masuk (Lavender Garden, Tea Boh, Mardi)❌ Perbelanjaan Sendiri❌ Insuran (Pilihan – RM 10 / Pax)ITINERARI UNTUK CAMERON HIGHLAND DAYTRIP :12.00 AM : Berkumpul di KL Sentral dan pendaftaran rombongan06.00 AM : Sarapan & Solat Subuh03.30 AM : Dijangka sampai di RTC GOPENG untuk mandi04.45 AM : Bertolak naik ke Cameron Highland08.00 AM : Lawatan ke Tempat Menarik04.00 PM : Bertolak turun dari Cameron Highland10.00 PM : Dijangka sampai KL SentralNOTA : Jadual perjalanan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan pihak kami berhak
dan menyusun atur semula jadual perjalanan.Whatsapp : 017 - 3515 724Facebook : AtiqsajjatravelTwitter : Atiqsajja
No comments:
Post a Comment