Tuesday, 9 January 2018

Snorkeling di Pulau Perhentian


     Assalamualaikum. Harini saya nak share sikit macam mana pengalaman join daytrip kami ataupun snorkeling trip (bagi yang amik pakej bermalam)

    Trip akan bermula pada 9.00 a.m dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Macamana nak ke Jeti ni? Saya akan share kan dalam entry seterusnya nanti ye.

     Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil pakej ini, nanti akan ada staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh park dekat mana - mana parking berbayar, atau pun korang boleh bagitau staff BKH untuk cari car park yang selamat.

     Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu, mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti. Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat panggilan dari dia. PASTIKAN KORANG SIAP-SIAP SALIN PAKAIAN MANDI YA!

     Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti . Harga nya RM5 Dewasa, RM3 kanak-kanak.



Haa nampak tuuuu Terminal Pelancongan Besut. Tapi nak naik bot kena masuk dalam lagi sampai jumpa kedai-kedai makan.

     Korang akan dihantar ke Kampung Pulau Perhentian Kecil dulu untuk Tukar bot dan naik bot khas yang BKH sediakan untuk anda. Seterusnya anda akan dibawa untuk............. 

Tengok tu muka takzabarr nak terjun masuk air

Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah
1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung)
Bonus Point ( Lata Air Berani)






     Sebelum pergi ke tengah laut, instructor akan bawa korang belajar dekat tempat cetek dulu. Kira macam water confidence session lah. Bukan semua orang pandai berenang kan dan mungkin ada yang baru first time nak snorkeling. Kasi chance lah mereka nak biasakan diri dengan air laut.




     Haaaaa, sapa kata ikut pakej Perhentian Day Trip tak dapat tengok nemo ke apa. Harap tahun ni sarang ikan nemo masih lagi terjaga dan masih ada. Saya nak bagi peringatan sikit ni, cuba tengok cantik kannnn air laut jernih, coral & hidupan laut ni semua. Tanggungjawab kita adalah menjaga kecantikan dan keindahan ni untuk anak cucu kita nanti. Jadi sayangilah alam sekitar, jangan buat pencemaran atau rosak kan habitat hidupan ni.

     Ok setel bagi nasihat, sambung balik hehe air ni tak dalam pun. Kita boleh tengok dari atas. Kalau korang pandai selam. Boleh selam.. Best kan? 

     Tak geram ke tengok gambar - gambar tu? Nice kan? Saya yang menulis ni pun dah rasa macam nak terjun laut. Hehe. So dalam Pakej Day Trip Pulau Perhentian ni, kita akan bawa korang ke tempat-tempat ni. Nak gambar cun melecun dan nak gambar dalam air. Korang kena bawak lah Under Water Camera. Boleh lah 'selfie' dengan ikan nemo tadi.

     Tepat jam Pukul 12.00 Tengahari macam tu. Boatman akan bawak korang pergi ke Long Beach untuk Korang lunch, Solat bagi yang tak dapat jamak solat tu. Nanti sampai dekat Long Beach tu tanya dekat area sana, mana nak solat. Ada satu tempat nama dia Awatif Cafe dan Campsite. Sana pun boleh mandi jugak. Tapi berbayar. Depends pada owner tu.


     Lepas siap makan apa semua, perut dah kenyang korang boleh lah pegi exercise sikit daki bukit dan jungle tracking naik ke Kincir Angin. View dia lawa gila. Serius lawa. tak caya tengok ni. 
     
Cantik ke tak cantik? Ni baru tengok dalam gambar cuba bayangkan korang ada kat atas ni. Mmg rugi sape naik

     Jam 3.30 Petang korang dah kena turun dari Bukit Kincir Angin tu taw. Sebabnya tepat pukul 4.00 petang bot akan pergi ambil korang dekat jeti Long Beach. 


Untuk sebarang pertanyaan Pasal trip ni, boleh Tekan sini atau check out my FB page di sini.


PULAU PERHENTIAN DAYTRIP JETI KUALA BESUT 

 DEWASA : RM 99 / PAX 
KANAK-KANAK : RM 99 / PAX 
TARIKH : RUJUK WAKIL BERKENAAN 
BAYI : FOC (NO SEATING) 
DEPOSIT : RM 50 / PAX 

TEMPAT MENARIK : 
🏖Fisherman Village🏖Shark Point 🏖Turtle Point 🏖Turtle Beach 🏖Fish Point (Nemo) 
 🏖Windmill (Kincir Angin) 

PAKEJ TERMASUK : 
✔Speed boat dua hala Jetty-Island-Jetty 
✔Snorkeling Trip
 ✔Peralatan Snorkeling 
✔Snorkeling Guide & Boat 
✔Percuma Air Mineral 1 Botol / Pax

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
 ❌Pengangkutan ke Jeti 
❌Makanan & Minuman (Anggaran RM10-RM15 sekali makan)
❌Marine Park (Wajib – RM 5 / Pax)
 ❌Insurance Perjalanan (Pilihan – RM 10 / Pax) ❌Perbelanjaan Sendiri 


ITINERARI UNTUK PULAU PERHENTIAN DAYTRIP JETI KUALA BESUT : 

08.00 AM : Berkumpul di Jeti Kuala Besut
09.00 AM : Perjalanan dari Jeti ke Pulau Perhentian
10.00 AM : Snorkeling Trip (4 Jam) 
02.00 PM : Makan Tengahari di Long Beach 
03.00 PM : Mendaki Kincir Angin
04.00 PM : Perjalanan ke Jeti Kuala Besut 



Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda

No comments:

Post a Comment