Sunday, 7 January 2018

3H2M di Pulau Perhentian

     Assalamualaikum, bila share itinerary mesti ramai yang masih tertanya-tanya tak dapat nak bayangkan mcm mana trip yang bakal korang join ni kan. So, harini saya bercerita sikit tentang pengalaman yang bakal korang rasa lepas join trip Bahtera Kembara holidays ke Pulau Perhentian. Nanti korang boleh lah termenung tepi tingkap berangan berada di Pulau indah ni.

Hari Pertama


     Trip akan bermula pada 9.00 a.m dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Macamana nak ke Jeti ni? Saya akan share kan dalam entry seterusnya nanti ye.

     Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil pakej ini, nanti akan ada staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh park dekat mana - mana parking berbayar, atau pun korang boleh bagitau staff BKH untuk cari car park yang selamat.

     Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu, mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti. Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat panggilan dari dia. 

     Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti . Harga nya RM5 Dewasa, RM3 kanak-kanak.


Haa nampak tuuuu Terminal Pelancongan Besut. Tapi nak naik bot kena masuk dalam lagi sampai jumpa kedai-kedai makan. 

     Bot akan hantar korang ke Penginapan samada di Shari-la, Flora Bay Resort ataupun Bahtera Kembara Inn mengikut pakej yang korang amik ye. Untuk hari pertama korang diberikan masa untuk buat aktiviti bebas.

     Maybe ada yang nak hilangkan jetlag. Bagi yg fly dari KLIA jangan nak mengada jetlag haaaa boleh pergi mandi manda, nak pegi Long Beach pun boleh, kalau rajin boleh pergi panjat bukit ke kincir angin . Korang boleh panjat bukit tu dari Long Beach ya.


Ni lah view dari kincir angin tu. Bak kata org hilang penat lelah naik tangga tu bila nampak view superb gini. 

     Korang boleh survey harga dekat Kaunter Water taxi dekat area penginapan. Then kalau ada apa-apa, call je no staff BKH tu. Waktu malam dekat sana, korang just santai-santai atau pun nak pergi lepak dekat Long Beach pun boleh. Tapi kena pergi dengan Water taxi. Selalunya Long Beach akan buka pada Pertengahan Bulan Mac ataupun hujung Mac dan ke atas.

Mak aiii jernih nya air. Ni salah satu gambar yang di kongsikan oleh salah sorang customer Bahtera Kembara Holidays

     Dah tengok air jernih macam ni takkan tak tergoda nak mandi kan. Korang boleh lah spend time dekat sini mandi manda. Tapi ingat jangan main jauh-jauh nanti lemas susah jadinye. Tak sempat nak snorkeling pulak kang. Ibu selalu pesan kalau suka tu jangan suka sangat, sentiasa beringat.


Hari Kedua


     Kita akan keluar pergi snorkeling pada pukul 9.00 pagi. So tak da lah panas sangat kan dan akan habis dalam pukul 12.00 Tengahari. Kalau korang rasa macam tak puas hati lagi tak penat berenang lagi. Duduk lah lama mana pun, cakap dekat abang bot.

Biasanya sampai point terakhir tu korang dah penat yang amat.

Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah
1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung)
Bonus Point ( Lata Air Berani )
     
     Sebelum pergi ke tengah laut, instructor akan bawa korang belajar dekat tempat cetek dulu. Kira macam water confidence session lah. Bukan semua orang pandai berenang kan dan mungkin ada yang baru first time nak snorkeling. Kasi chance lah mereka nak biasakan diri dengan air laut.

     Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang trip snorkeling ni boleh TEKAN SINI.



Sesi berjinak-jinak dengan air laut


    
     Kalau rasa tak cukup penat lagi, malam boleh lah pergi ke Long Beach. Kat sini semua mesti tau kan show api yang femes macam dalam drama Hero Seorang Cinderella tu. selain tu, ada banyak kedai-kedai makan dan tempat bersantai yang buka sampai malam disini. 

  •      Dari Shari-la resort, boleh jalan kaki je nak ke sini. Adalah dalam 10 - 15 minit. Malas nak jalan boleh naik boat dalam 20 - 25 minit.


  •      Dari Kg Nelayan, naik lah boat dalam 10 - 15 minit. Tapi kalau gagah perkasa boleh jugak berjalan kaki dalam 1 jam. 


  •      Dari Flora Bay Resort Perhentian Besar, tak boleh jalan kaki ye. Kalau tak nak naik boat terpaksa lah korang berenang hehe. Naik boat mengambil masa dalam 15 - 20 minit. 

     Tambang boat around RM40 seorang untuk return trip. Haa time ni pandai lah korang guna skill pujuk rayu untuk dapatkan diskaun. Tambang paling murah mencecah RM25 seorang.

     Bagi yang mencari nightlife dekat pulau perhentian ni boleh lah ke sini. Long beach ni agak happening di waktu malam, banyak kedai makan dan bar untuk party people. Ramai yang cakap kawasan ni tak berapa sesuai untuk kanak-kanak sebab mat salleh dan minah salleh kat sini berbikini sahaja. Tapi terpulang pada ibu bapa macam mana cara kita protect anak-anak kita. 

     Dah baca sampai habis? Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan pakej ni boleh lah berhubung dengan saya Atiqah di ;


Whatsapp : www.wasap.my/0173515247 
FB page : facebook.com/atiqsajjatravel 
IG : atiqsajja 


3H2M PULAU PERHENTIAN KECIL, KPG NELAYAN DEWASA

RM 260 / PAX (3 PAX / ROOM)
RM 280 / PAX (2 PAX / ROOM)

KANAK - KANAK

RM 220 / PAX (3 PAX / ROOM)
RM 240 / PAX (2 PAX / ROOM)

BAYI : FOC ( TANPA TILAM )

DEPOSIT : 50% DARI TOTAL
TARIKH : BEBAS
JENIS BILIK : BAHTERA KEMBARA INN

*******************************************************************
3H2M PULAU PERHENTIAN BESAR

HILL VIEW FAN
RM240 / PAX (2-3 PAX)
RM299 / PAX (SUPER PEAK)

HILL VIEW ACC
RM 349 / PAX (2 PAX)
RM 419 / PAX (SUPER PEAK)
RM 319 / PAX (3 PAX)
RM 379 / PAX (SUPER PEAK)

GARDEN VIEW ACC
RM 310 / PAX (3PAX)
RM 370 / PAX (SUPER PEAK)
RM 299 / PAX (4 PAX)
RM 359 / PAX (SUPER PEAK)

SEA VIEW ACC 
RM 399 / PAX (2 PAX)
RM 479 / PAX (SUPER PEAK)

DEPOSIT : 50% DARI TOTAL
TARIKH : BEBAS
JENIS BILIK : FLORA BAY RESORT

*******************************************************************
3H2M SHARI-LA ISLAND RESORT

 SHOULDER SEASON
 1-16 Mac, 26-31 Mac, 
 1-15 April 3-20 Sept, 1-21 Oct


 STANDARD (2 PAX) :RM 360 / seorang
 DELUXE (3 PAX) :RM 320 / seorang
 SUITE (4 PAX) :RM 299 / seorang
 KANAK-KANAK :RM 220 / seorang
        
SUPER PEAK SEASON

17-25 Mac, 22-30 April, 
May Jun, Julai, Ogos 1-2 Sept


STANDARD (2 PAX) :RM 412 / seorang
DELUXE (3 PAX) :RM 380 / seorang
SUITE (4 PAX) :RM 360 / seorang
KANAK-KANAK :RM 220 / seorang
BAYI : PERCUMA (TANPA TILAM)

DEPOSIT: RM 80/seorg
TARIKH : (MUSIM)
RESORT: SHARI-LA ISLAND RESORT

*******************************************************************
Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda.

No comments:

Post a Comment